Farouk Hussain Tidak Takut Untuk Bersaing

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Farouk Hussain mengakui lebih selesa mengacara sesebuah majlis korporat berbanding muncul di televisyen kerana tindakan itu membuatkan dia tidak perlu untuk bersaing dengan artis-artis lain.

Bagaimanapun Farouk berkata, ia bukan bermaksud dia takut untuk bersaing dengan bakat-bakat baru, sebaliknya tidak sanggup untuk mempromosikan diri seperti yang pernah dilakukan pada zaman mudanya.

"Saya dah tak sanggup nak lobi diri macam dulu-dulu. Buat apa? Saya bukannya artis baru. Biarlah saya fokus dengan kerja undangan mengacara majlis-majlis korporat. Selain dapat mendekatkan diri dengan penonton, bayarannya juga berbaloi," katanya.

Tambah Farouk, dia bersyukur kerana masih lagi dihargai apabila ditawarkan jemputan mengacarakan majlis sehinggakan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diterimanya.

"Saya rindu sangat nak berlakon, tetapi fokus utama saya adalah menjadi pengacara majlis. Jadi saya terpaksa menolak beberapa tawaran jika ia datang serentak. Diharap ada lagi tawaran berlakon yang sesuai dengan jadual kerja saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Aidilfitri yang disambut pada Ahad lalu, Farouk yang pulang ke kampung halaman isterinya di Ulu Tiram, Johor berkata kepulangan mereka itu disambut meriah oleh saudara maranya.

Malah, dia yang berjaya ke peringkat akhir dalam program “Masterchef Selebriti” baru-baru ini telah diminta untuk memasak apabila ada ahli keluarga yang ingin merasai masakannya itu.

"Malang sekali saya tak masak pun walaupun saya tahu memasak. Saya lebih suka makan daripada memasak di dapur," selorohnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan