Scha & Awal Kongsi Debaran Sambut Aidilfitri Kali Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scha dan Awal berdebar menyambut Hari Raya bersama buat pertama kali sebagai suami isteri. - Foto oleh KEVIN TAN
Scha dan Awal berdebar menyambut Hari Raya bersama buat pertama kali sebagai suami isteri. - Foto oleh KEVIN TAN

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya berkongsi debaran pada sambutan Aidilfitri tahun ini kerana pertama kali meraikannya sebagai pasangan suami isteri.

Awal, 31, yang selama ini menyambut Syawal di Kampung Baru, Kuala Lumpur berasa seronok apabila dapat pulang ke kampung halaman keluarga Scha di Kedah.

“Bayangkanlah, selama saya membesar, setiap kali tiba Hari Raya ia akan disambut di Kuala Lumpur kerana keluarga saya memang menetap di sini.

“Tahun ini adalah pertama kali saya beraya di kampung Scha di Kedah selama dua hari dan berpeluang merasai suasana desa yang sama sekali berbeza dengan kota,” katanya.

Berbeza dengan isterinya Scha, aktres berusia 29 tahun ini berasa takut dan gementar untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga besar Awal.

“Saya berasa takut dan berdebar-debar sebenarnya menyambut Aidilfitri dengan keluarga mertua.

“Maklumlah, keluarga Awal memang besar bilangannya dan saya belum berpeluang bertemu dengan mereka semua ketika majlis perkahwinan lalu. Yang pastinya, suasana memang meriah,” katanya.

Pasangan yang bercuti selama seminggu ini kembali sibuk dengan komitmen seni masing-masing pada minggu kedua Aidilfitri.

TAJAAN:

Pakaian: SALIKIN SIDEK FASHION ART & STUDIO

Solekan: CHOT

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan