Nikmat Aidilfitri Watie (Elite) Bersama Suami

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joey dan Watie teruja dapat menyambut Syawal sebagai suami isteri.
Joey dan Watie teruja dapat menyambut Syawal sebagai suami isteri.

PETALING JAYA:Penyanyi dan pelakon Norwatie Sadali (Watie Elite) memberitahu teruja dapat berhari raya bersama suaminya iaitu Joey Daud selepas mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Watie berkata, dia telah lama menunggu saat tersebut ekoran sebelum ini tidak berpeluang berhari raya seperti keluarga lain bersama suami dan anak-anak.

"Saya tidak pernah merasai beraya dalam suasana sebenar sebelum ini dan kali ini saya mahu menikmatinya bersama suami dan anak," katanya kepada mStar Online.

Watie memberitahu, pada pagi Hari Raya lalu, suasana rumahnya sudah menjadi kecoh dengan suaranya yang ingin memastikan suami dan anaknya Ahmad Afif Danial, 5, bersiap sedia untuk melakukan solat sunat Aidilfitri sebelum mereka berkumpul untuk bermaaf-maafan.

Kata Watie, dia sudah menunggu terlalu lama saat untuk mencium tangan seorang suami pada pagi raya dan bersyukur semuanya terlaksana.

"Saya memang sudah rancang untuk melakukan sesuatu agar pada pagi Hari Raya keadaan rumah saya menjadi kecoh semata-mata mahu membangkitkan keriangan Syawal. Malah tahun ini saya masak sendiri semua lauk pauk kegemaran keluarga,” katanya.

Sementara itu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 38, memberitahu mereka sekeluarga menyambut lebaran di rumah mereka di Taman Melawati dekat sini dan pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor.

Joey berkata, Watie sangat rapat dengan ibu dan keluarganya dan kehadiran isterinya itu sentiasa dinanti-nantikan oleh ahli keluarganya.

"Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan ibu saya banyak mengajar Watie memasak terutama makanan kegemaran saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan