Kesesakan Lalu Lintas, Punca Kilafairy Malas Beraya

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy mengakui masalah kesesakan lalu lintas sepanjang bulan Syawal membuatkan dia berasa malas untuk berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan-rakannya.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, dia tidak sanggup meredah kesesakan tersebut terutamanya pada musim masyarakat Islam mengadakan rumah terbuka.

"Perkara utama yang saya tak suka setiap kali Hari Raya ialah kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap hari tanpa mengira waktu. Biasalah, masa itu semua orang sibuk nak buat majlis rumah terbuka.

"Bagaimanapun, suka atau tidak saya perlu menziarahi rumah-rumah teman dan saudara yang telah menjemput, nanti merajuk dan tak manis pula dibuatnya.

"Saya juga tidak boleh nak duduk lama-lama apabila rumah yang dikunjungi itu penuh dengan tetamu," katanya.

Dalam pada itu, tambah Kilafairy atau selesa dipanggil Kila, dia juga seronok apabila ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya dan teruja berborak dengan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga dan teman-teman rapat.

"Memang saya suka berborak dan melayan tetamu, maklumlah masa inilah kita menggunakan peluang kunjung mengunjungi dan mengenali saudara mara dengan lebih rapat.

"Tambah pula saya seorang yang suka bergambar. Maka banyaklah gambar-gambar tetamu yang akan di ambil. Mama (penyanyi Rohana Jalil) pula akan sibuk berkaraoke dengan rakan-rakannya.

"Lebih seronok lagi, kami akan membuat satu sesi fotografi khas di satu sudut rumah bersama seluruh keluarga. Suasana begini meriah sangat," ujar Kila yang beraya di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan