'Jejaka Idaman 2.0' Bakal Lonjakkan Nama Lynnzay

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baru Linnzay memberanikan diri mempertaruhkan lagu popular pada tahun 1986 iaitu Jejaka Idaman yang dinyanyikan oleh Raja Ema untuk memperkenalkan dirinya kepada penggemar muzik tanah air.

Linzzay atau nama sebenarnya Ammalina Affandi berkata, lagu yang dinyanyikan bersama penyanyi rap Juzzthin telah diubah judulnya kepada jejaka Idaman 2.0 sebagai tanda kelainan yang dibawa pada era ini dengan sentuhan muzik dance.

"Tujuan saya muncul dengan lagu ini kerana saya perlukan 'jumpstart' untuk dikenali dalam industri muzik kita.

"Saya mahu timbulnya persoalan daripada kalangan masyarakat tak kiralah sama ada mereka suka atau tidak terhadap nafas baru lagu ini. Yang penting ia menjadi bualan ramai," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, berkongsi pengalamannya sepanjang hampir seminggu menyambut Aidilfitri, dia begitu seronok kerana dapat berkumpul bersama ahli keluargan.

"Inilah masanya untuk saya berhubung semula dengan keluarga untuk saling bermaaf-maafan. Selain bersalaman dan sembahyang raya, perkara wajib yang harus saya dan keluarga lakukan ialah menziarahi kubur keluar yang telah pergi.

“Selain itu jari jemari saya juga akan sibuk menaip SMS (khidmat pesanan ringkas) menghantar mesej ucapan Hari Raya," tuturnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan