Hairul Azreen Belum Bersedia Sunting Faralyna

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hairul Azreen
Hairul Azreen

PETALING JAYA: Aktor Hairul Azreen belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan aktres Faralyna Idris kerana sedang berusaha mengukuhkan kedudukan sebagai pelakon baru.

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata, biarpun dia sudah menjalin hubungan dengan kekasihnya selama empat tahun ia tidak menjadi isu di kalangan keluarga masing-masing.

“Mereka faham bahawa kami masih muda untuk memikirkan soal kahwin. Kedudukan saya dan Faralyna sebagai pelakon pun masih belum kukuh dan banyak lagi yang perlu kami capai dalam kerjaya.

“Yang penting, kami serasi dan selesa dalam hubungan yang kami jalani pada masa ini, di mana kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Pelakon yang kini muncul dengan drama bersiri Sirrun di TV9 ini berkata, dia sanggup memperbaiki kekurangan diri termasuk memantapkan aspek fizikal demi mengukuhkan profil lakonan.

“Saya sudah bosan dengan karakter remaja dan budak kolej yang berulang-kali ditawarkan kerana dikatakan memiliki wajah ‘jambu’.

“Sejak dua bulan lalu, saya ambil inisiatif membina otot badan bagi mendapatkan tubuh yang lebih sasa dan tegap untuk menawarkan sesuatu yang berbeza mengenai diri saya kepada produser dan pengarah,” katanya.

Jelas Hairul, tindakan membina otot badan itu turut dipengaruhi hasrat untuk melakonkan watak lasak dan aksi kerana dia mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri Taekwando.

“Rugi jika ilmu Taekwando yang saya miliki tidak dapat dimanfaatkan dalam lakonan kerana selama ini asyik menggalas watak-watak ringan sahaja.

“Kebetulan pula, ada beberapa tawaran filem untuk watak aksi dan lasak kebelakangan ini, maka tindakan membina otot badan itu adalah keputusan yang tepat,” katanya yang menyambut Hari Raya di Perak dan Negeri Sembilan.

Hairul bakal memulakan penggambaran filem aksi berjudul Syaheed arahan Sabree Fadzil selepas cuti Hari Raya ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan