Faezah Elai Debar Sambut Syawal Di Kampung Suami

Diterbitkan: Selasa, 21 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faezah Elai bersama suami tersayang, Heykal Hanifah
Faezah Elai bersama suami tersayang, Heykal Hanifah

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai mengakui agak berdebar meraikan Lebaran pada tahun ini di kampung halaman sebelah suaminya, pengarah drama Heykal Hanifah yang terletak di Kulim, Kedah.

Faezah berkata, perasaan itu hadir disebabkan kali pertama dia mahu merasai nikmat berhari raya di kampung sebelah suami selepas mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu.

“Perasaan saya cukup berdebar kerana saya nak “menghadap” keluarga sebelah suami pada kali pertama saya menyambut Syawal sebagai isteri orang. Takut juga nanti ada apa-apa yang tak kena, risau juga,” katanya kepada mStar Online di sini.

Kata Faezah, sambutan Syawal pada tahun ini agak meriah kerana dia dapat meraikannya bersama tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 12, Sarah, 10, dan Luq Adam yang berusia dua tahun.

Malah warna coklat hitam dipilih sebagai tema untuk pakaian Hari Raya mereka.

“Sebelum Hari Raya lagi saya sudah sediakan pakaian raya yang hendak kami gayakan dan syukurlah suami serta anak-anaknya menyukai warna coklat hitam yang di pilih,” jelasnya.

Selepas beraya di rumah suami, Faezah sekeluarga pulang ke rumahnya yang terletak di Pulau Pinang, iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Kulim.

Katanya, jarak yang tidak beberapa jauh itu bukanlah satu masalah untuk menyambut Syawal kerana ia memudahkan mereka merancang perjalanan dengan baik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan