Awi Rafael Minta Peminat Hapuskan Dendam

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awi Rafael - Foto RAYMOND OOI
Awi Rafael - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri, penyanyi Awi Rafael meminta umat Islam supaya tidak menyimpan perasaan dendam terhadap individu yang dibenci.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 26, berkata, perasaan itu perlu 'dirawat' dengan memaafkan individu yang berkenaan kerana ia mampu melegakan jiwa pendendam itu tanpa disedari.

"Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan amarah atau dendam. Mungkin setiap orang ada sebab-sebab tertentu hingga dia susah untuk memaafkan.

"Tetapi bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, lembutkanlah hati untuk menjadi seorang yang pemaaf kerana ia sebahagian daripada sunnah nabi. Kemaafan yang ikhlas akan diberi berkat dan nikmat pada diri sendiri, Insya-Allah," katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Asalkan Aku OK, memaafkan seseorang yang dibenci itu juga mampu memberikan kelegaan dalam diri yang lebih bersifat positif, malah ia juga sebahagian daripada tip awet muda.

Sementara itu, sambutan Aidilfitri bagi Awi pada tahun ini begitu bermakna apabila perayaan itu turut disambut bersama kekasihnya pelakon Hanez Suraya.

"Bagi saya, sambutan Aidilfitri merupakan masa yang paling sesuai untuk seluruh keluarga dan orang yang tersayang berkumpul bagi meraih kemenangan berpuasa.

"Pada Hari Raya pertama dan kedua saya akan beraya di Singapura bersama ibu dan keluarga rapat di sana, kemudian kami akan ke Johor pula untuk beberapa hari.

"Lebih bermakna lagi, saya juga akan mengunjungi keluarga Hanez di Seremban,” katanya.

Sementara itu, Awi juga akan merakam detik-detik keseronokannya beraya dan akan dimuatkan ke dalam laman Youtube untuk tontonan peminat.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan