Ibu, Bapa Raikan Aidilfitri Bersama Illa Sabri Di Ibu Kota

Diterbitkan: Sabtu, 18 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Illa Sabri - Foto RAYMOND OOI
Illa Sabri - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Penyanyi Illa Sabri gembira apabila keluarganya di Perlis sanggup datang ke Gombak, Selangor untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya.

Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 33, berkata, pada mulanya dia agak sedih terpaksa beraya sendirian kerana perlu menguruskan perniagaan syarikat pengiklanan miliknya.

"Mujurlah keluarga dari Perlis nak 'turun' ke Gombak, kalau tak, saya beraya sendirianlah nampaknya.

"Apabila semua berkumpul, pastinya seronok kerana waktu inilah kita dapat berbual untuk bertanya khabar masing-masing. Maklumlah bukan selalu dapat berjumpa," katanya.

Tambah Illa, hampir setiap tahun, sambutan Hari Raya yang dilalui semestinya meriah lebih-lebih lagi masing-masing sudah mempunyai tugasan terutamanya dalam persiapan menguruskan hal berkaitan masakan.

Malah, untuk memudahkan lagi kerja, Illa turut membeli kuih muih dan kek untuk dihidangkan kepada tetamu manakala ibu dan saudaranya akan menguruskan hal-hal memasak.

"Keluarga kami memang meriah apabila meraikan sambutan Aidilfitri. Perasaan terujanya lain kerana kami jarang berjumpa dan masa inilah ikatan silaturahim terjalin dengan lebih kukuh.

"Kami juga turut membeli kambing, ayam dan ia akan disembelih sendiri oleh kaum lelaki," ujarnya yang menyediakan sebanyak lapan pasang baju raya untuk dipakai.

Dalam pada itu, antara menu kegemaran keluarga Illa ialah rendang, lemang dan kek batik.

Dalam perkembangan lain, album terbaru Illa akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dihasilkan dengan kerjasama komposer hebat iaitu Ajai, Aidit Alfian dan Adi (6ixth Sence).

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan