Giliran Mizz Nina Ikut Noh (Hujan) Balik Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh dan isterinya Mizz Nina.
Noh dan isterinya Mizz Nina.

KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi Noh Salleh (Hujan) dan isterinya Mizz Nina menganggap perayaan Aidilfitri ini sebagai tempoh terbaik untuk berkunjung dan beramah mesra dengan keluarga yang jarang berjumpa.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 28, berkata kepulangannya ke rumah keluarganya di Miri, Sarawak bersama Nina untuk menyambut Hari Raya bukan sahaja untuk berehat tetapi mendekati sanak saudara.

“Tahun ini giliran Nina ikut saya balik ke rumah keluarga di Miri, Sarawak. Kami akan pulang pada hari ini (Jumaat) dan berada di sana selama empat hari, sebelum berkunjung ke rumah keluarga di Kuching pula untuk empat hari lagi.

“Bagi kami, ini (cuti) adalah waktu bukan sahaja untuk berehat daripada kerja, malah mengunjungi keluarga demi menjaga hubungan dan menambahkan lagi keakraban,” katanya.

Mizz Nina pula berkata, mereka suami-isteri turut berhasrat untuk berbulan madu di Bali, Indonesia selama tiga atau empat hari selepas berhari raya di Sarawak.

“Sepanjang tahun ini kami sibuk dengan aktiviti seni masing-masing sampaikan tidak banyak waktu dapat diluangkan bersama.

“Kebetulan pada Hari Raya ini kami ambil cuti hampir dua minggu, jadi saya dan Noh mahu bercuti di Bali, Indonesia selepas pulang dari Sarawak,” katanya yang bersedia untuk memiliki zuriat pada tahun depan.

Mengenai aktiviti seni, Noh dan kumpulannya Hujan sedang mempromosikan lagu single terbaru berjudul Mana Mungkin daripada album Sang Enemy.

Mizz Nina pula tampil dengan lagu single iaitu Summer Burning daripada album Take Over sebelum terbang ke Melbourne, Australia pada Oktober depan untuk siri jelajah promosi albumnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan