Bunkface Mahu Pikat Pelajar Di Lapan Buah Universiti

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bunkface yang terdiri daripada (dari kiri) Paan, Sam dan Youk.
Bunkface yang terdiri daripada (dari kiri) Paan, Sam dan Youk.

PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface mengambil pendekatan baru dengan menjelajah lapan buah universiti seluruh negara sebagai strategi promosi album kedua mereka Bunk Not Dead yang akan dipasarkan dalam masa terdekat.

Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, strategi itu dirasakan paling efektif pada waktu ini memandangkan majoriti pembeli album artis pada hari ini terdiri daripada golongan pelajar.

“Berdasarkan respons dan cerita rakan-rakan kumpulan muzik lain ketika mereka berkunjung ke universiti sebelum ini, ternyata kelompok pelajar masih menyokong dan membeli album artis tempatan.

“Maka, kami cuba formula itu dengan mengadakan jelajah promosi di lapan universiti di seluruh Malaysia selepas Hari Raya nanti,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Katanya, susulan daripada jelajah promosi itu, Bunkface turut merancang untuk terbang ke Indonesia bagi sebuah projek kolaborasi dengan syarikat rakaman di sana pada awal tahun depan.

“Urusan promosi dan projek istimewa itu masih dalam peringkat perbincangan dan ia mungkin bermula pada awal tahun depan.

“Insya-Allah dalam projek khas itu nanti dua artis Malaysia iaitu Bunkface dan Amy Search akan ke sana untuk bergabung dengan dua artis Indonesia,” katanya.

Mengenai Aidilfitri, Sam berkata, dia dan bapanya akan menganyam ketupat pada malam raya dan berkumpul di rumah pakciknya di Teluk Pulai, Klang, dekat sini.

“Raya kami sangat ringkas. Kebetulan pula rumah keluarga di Klang, jadi sambutan Hari Raya itu ala kadar sahaja.

“Saya dan ayah akan menganyam ketupat pada malam Raya. Pada pagi Syawal, kami akan solat Aidilfitri dan mengunjungi rumah saudara-mara,” kata Sam.

Dua lagi anggota kumpulan iaitu, Ahmad Farhan Hashim atau Paan (gitar utama) dan Mohd. Farouk Jaafar atau Youk (gitar bass) pula berkata, Hari Raya adalah waktu terbaik untuk berehat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan