200 Peminat Amar Baharin Dapat Kad Raya Istimewa

Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amar Baharin
Amar Baharin

PETALING JAYA: Penghasilan kad ucapan Hari Raya istimewa pelakon baru Amar Baharin adalah sebagai tanda penghargaannya kepada para peminat bersempena musim perayaan ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata kad yang memaparkan gambar dan sampul rekaan sendiri itu khusus untuk 200 ahli kelab peminat, “Amar Baharin Official Page” (ABOP).

“Buat pertama kalinya, saya mahu memberikan sesuatu kepada para peminat. Selepas tiga tahun bergelar anak seni, tahun ini adalah waktu yang sesuai untuk saya tunjukkan penghargaan kerana sokongan mereka.

“Saya memilih untuk hantarkan kad ucapan yang memaparkan gambar saya berserta sampul istimewa kepada kira-kira 200 peminat kelab ABOP,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini, baru-baru ini.

Pelakon siri Naziha ini berkata, sambutan Aidilfitri pada kali ini dirasakan kurang sempurna ekoran ketiadaan kakaknya yang pulang berhari raya ke rumah keluarga mertua.

“Nampaknya Hari Raya pada tahun ini seperti kurang lengkap dan meriah kerana kakak tidak dapat bersama kami pada pagi Syawal. Dia pulang mengikut suami ke rumah keluarga mertuanya.

“Kami adik-beradik cuma tiga orang, jadi tentulah rasa kurang seronok bila kami anak beranak tidak dapat berkumpul dengan lengkap,” katanya yang menyambut Syawal di rumah keluarga di Kajang dan Semenyih dekat sini.

Mengenai kerjaya, Amar yang mula bercuti daripada dunia lakonan sejak minggu kedua Ramadan berkata, dia hanya akan kembali ke lokasi penggambaran selepas dua minggu berhari raya.

“Sebelum puasa, saya kerja tidak henti-henti sehingga minggu kedua Ramadan. Kini, saya bercuti panjang sehinggalah minggu kedua Syawal.

“Hanya selepas itu, saya akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir yang akan diumumkan nanti,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan