Sikap Tidak Matang Nilai ‘Tanda Putera’ – Shuhaimi Baba

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit filem Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi menganggap individu yang menuduh filem arahannya iaitu Tanda Putera bersifat perkauman adalah mereka yang tidak matang menilai sesebuah filem.

Shuhaimi berkata, dia kesal apabila filem berkonsepkan sejarah itu sengaja dimanipulasikan menjadi negatif untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat agar membencinya.

"Mereka yang mencetuskan kontroversi ini memang tidak matang kerana menilai tanpa menyaksikan filem itu terlebih dahulu.

"Sepatutnya masyarakat kita pada zaman ini boleh berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara serta menerima kebenaran sejarah yang pernah berlaku di negara kita," katanya pada sidang akhbar khas filem Tanda Putera yang diadakan di Hotel Eastin, di sini, Rabu.

Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu telah dikritik hebat oleh beberapa pihak kononnya adegan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada 7 Ogos lalu meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum

Bagaimanapun, Shuhaimi bertegas, tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan yang mahu filem Tanda Putera diharamkan atau memotong adegan seperti yang diinginkan.

Dalam pada itu Shuhaimi berkata sesetengah pihak bertindak berani dalam melakukan sesuatu perkara termasuklah melakukan demonstrasi haram selain bersikap ekstrem dalam memprotes sesuatu perkara.

Bagaimanapun katanya, dalam konteks penghasilan filem sejarah, pihak-pihak berkenaan masih berfikiran kolot dan tidak matang.

"Saya tak tahu apa yang mereka ini berfikir. Apabila buat demonstrasi bukan main lagi berani tampil menyuarakan itu dan ini, tetapi dalam konteks filem sejarah yang ringan mereka tak berfikiran terbuka langsung.

"Suka atau tidak, negara kita pernah melalui peristiwa hitam 13 Mei dan itulah yang saya cuba sampaikan dalam Tanda Putera, ujarnya yang berharap agar tiada lagi kontroversi yang timbul berkaitan filem itu.

Filem Tanda Putera dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan