Gwen Stefani Mahu Kahwin Lagi

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gwen Stefani dan Gavin Rossdale merancang untuk berkahwin semula.
Gwen Stefani dan Gavin Rossdale merancang untuk berkahwin semula.

WALAUPUN sudah lama mendirikan rumah tangga, namun perasaan cinta dalam hati antara Gwen Stefani dan Gavin Rossdale belum lagi surut.

Menurut laporan Contactmusic, cinta kekal Gwen dan Gavin membuatkan pasangan itu merancang untuk berkahwin semula apabila beranggapan cinta mereka dapat bertahan sekiranya mengucap janji perkahwinan di altar sekali lagi.

"Nampaknya Gwen dan Gavin akan berkahwin lagi pada September depan. Cinta mereka semakin hari semakin mendalam," kata sumber.

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka. Namun, disebabkan Gwen sudah berusia 42 tahun, mereka lebih memilih untuk mengambil anak angkat.

"Gwen risau faktor usianya mungkin boleh mengganggu kandungan nanti dan sebab itu dia merasakan pengambilan anak angkat adalah pilihan yang terbaik," tambah sumber berkenaan.

Gwen dan Gavin telah berkahwin pada tahun 2002 dan memiliki dua orang anak iaitu Kingston James McGregor, 6, dan Zuma Nesta Rock Rossdale, 4.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan