Leonardo DiCaprio Tak Suka Diri Jadi Bualan

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Leonardo DiCaprio tidak gemar dirinya menjadi bualan ramai dan merupakan selebriti yang gemar berahsia mengenai kehidupannya.

Menurut laporan showbizspy.com, Leo juga tidak suka orang lain mengetahui tentang perkembangan lakonan terbarunya atau sebarang aktiviti yang dibuat.

"Leo seorang yang sangat pelik. Dia tidak pernah bercakap apa-apa mengenai dirinya atau siapa kawan-kawannya atau apakah makanan kegemarannya.

"Bayangkan, Leo memutuskan hubungan cintanya dengan Blake Lively kerana wanita itu terlalu banyak menceritakan mengenai percintaan mereka kepada keluarganya.

"Pernah sekali, ketika bertemu dengan keluarga Blake, salah seorang daripada adik Blake mengusik Leo kerana tidak menyukai kicap dan ia benar-benar membuatkan pemuda itu bengang," kata sumber.

Baru-baru ini, kekasih Leo yang baru berusia 23 tahun, Erin Heatherton, sanggup mengikut kehendaknya malah dia turut mengelak daripada bergambar dengan lelaki lain kerana ia boleh mengecewakan aktor itu.

"Erin adalah wanita pertama yang sanggup melayan kerenah pelik Leo," ujar sumber tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan