FDAM Mahu Penyelewengan SPP Dibanteras

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Othman mahu penyelewengan terhadap permohonan Sijil Perakuan Penggambaran dibanteras segera dengan kerjasama daripada semua persatuan filem dan penerbit tv di negara ini.
Othman mahu penyelewengan terhadap permohonan Sijil Perakuan Penggambaran dibanteras segera dengan kerjasama daripada semua persatuan filem dan penerbit tv di negara ini.

PETALING JAYA: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) akan memainkan peranan serius dalam membanteras penyalahgunaan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) oleh segelintir pengarah di negara ini.

Presiden FDAM, Othman Hafsham berkata, pihaknya memandang berat terhadap isu tersebut kerana keadaan semakin tidak terkawal apabila ada pihak menyenaraikan nama individu yang bukan ahli mana-mana persatuan untuk mendapatkan kelulusan SPP.

"Perkara ini bukan benda yang ringan kerana ia akan menjejaskan keadaan industri tempatan jika salah laku itu terus berlaku di kalangan pengarah dan pihak penerbit," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Othman berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Finas supaya individu yang disenaraikan sebagai pengarah diwajibkan untuk mengepil salinan kad keahlian mereka.

Othman berkata, dengan cara itu penyelewengan terhadap salah guna terhadap permohonan individu yang diluluskan oleh Finas dan diberikan kepada pihak ketiga tidak akan berlaku.

"Kejadian menjadi kelam kabut dan mengelirukan apabila terdapat banyak persatuan dan Finas mengiktiraf mereka yang terdiri daripada pelbagai genre dan peringkat sehingga pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

"Sebab itu kita mahu semua pengarah yang memohon SPP mengemukakan salinan kad keahlian persatuan mereka supaya pengesahan dapat dibuat dengan jelas.

"Bagi melancarkan proses yang dicadangkan ini, pihak FDAM juga sedang mengemas kini semua data ahli yang aktif supaya tidak berlaku salah guna terhadap kad keahlian yang diberikan," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, FDAM juga bersedia untuk membantu usaha Finas membanteras pemalsuan dan penyelewengan ketika proses mengemukakan borang permohonan SPP dengan kerjasama persatuan-persatuan lain.

Malah kata Othman, FDAM akan mengadakan satu pertemuan dengan wakil daripada persatuan sedia ada untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Insya-Allah melalui perbincangan itu nanti harap kita dapat merangka satu perancangan komprehensif untuk menangani masalah ini," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan