Talha Harith Muntah Darah Dipercayai Terkena Sihir Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Talha Harith
Talha Harith

PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya.

Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu.

“Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya.

“Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan.

Ditanya mengenai pengalaman Talha berkata, dia tidak mengalami sebarang perkara pelik sehingga ditegur oleh rakannya itu.

“Saya tidak pernah sedar yang saya sudah terkena perbuatan ilmu hitam kerana tidak ada sebarang perkara pelik atau kesakitan yang berlaku selama ini.

“Cuma, ketika proses berubat orang keliling memberitahu, saya berada dalam keadaan tidak sedar dan mengalami muntah darah tetapi tidak serius,” katanya.

Pelakon yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang seni ini berkata, dia dimaklumkan perbuatan itu dilakukan oleh peminat wanita yang dipercayai memendam perasaan kepadanya selama ini.

“Saya benar-benar berharap, ‘benda’ yang dihantar kepada saya itu sudah keluar sepenuhnya. Apabila difikirkan semula, saya berasa pelik dengan apa yang berlaku.

“Namun, saya cuba renung kesilapan sendiri yang mungkin pernah melukakan hati orang secara sedar atau tidak. Sekiranya ada yang pernah terasa hati, saya memohon maaf,” katanya.

Terbaru, pelakon drama Miss Octopus ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Darjat untuk TV9.

Siri sebanyak 20 episod itu diarahkan Jet Li dan turut membariskan Ika Nabella dan Syazwan Zulkifli.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan