Beyonce & Jay-Z Dipilih Sebagai Pasangan Terkaya

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce dan Jay-Z dinamakan sebagai pasangan selebriti paling kaya di dunia oleh majalah Forbes.
Beyonce dan Jay-Z dinamakan sebagai pasangan selebriti paling kaya di dunia oleh majalah Forbes.

PASANGAN terkenal Hollywood iaitu Beyonce Knowles dan suaminya, Jay-Z telah dipilih sebagai pasangan selebriti terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada tahun 2012.

Digital Spy melaporkan harta mereka dianggarkan bernilai RM250 juta (AS$78 juta) dan data itu adalah daripada 1 Mei tahun 2011 sehingga 1 Mei 2012.

Kekayaan mereka itu berjaya mengalahkan super model Gisele Bundchen dan Tom Brady yang berjaya menduduki tempat kedua.

Beyonce menyumbang hampir RM125 juta (AS$40 juta) menerusi penjualan album, royalti dan jurucakap produk selain mempunyai rangkaian fesyennya yang tersendiri.

Manakala selebihnya adalah hasil penjualan album dan tiket konsert jelajah Jay-Z iaitu Watch The Throne yang laris terjual di seluruh dunia.

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah David Beckham dan Victoria Beckham serta Brad Pitt dan Angelina Jolie.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan