Nadia Zainal Masih Amalkan Kirim Kad Raya Secara Pos

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadia Zainal masih mengirim kad ucapan hari raya kepada kenalan dan kaum keluarga.
Nadia Zainal masih mengirim kad ucapan hari raya kepada kenalan dan kaum keluarga.

PETALING JAYA: Ketika dunia teknologi semakin berkembang, pelakon Nadia Zainal masih mempercayai wujudnya nilai sentimental apabila amalan menghantar kad ucapan selamat Hari Raya dilakukan secara pos yang jarang dilakukan oleh golongan muda.

Nadia berkata, amalan itu menjadi kemestiannya sejak kecil kerana budaya tersebut dianggap mampu mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

"Barangkali sudah ramai yang tidak lagi menghantar kad ucapan kepada rakan-rakan atau keluarga mereka kerana teknologi hari ini telah memudahkan segalanya.

"Golongan muda lebih gemar menghantar ucapan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Bagi saya menghantar kad raya secara pos adalah sangat klasik," katanya kepada mStar Online.

Nadia turut menyarankan agar golongan muda mengembalikan kegemilangan menghantar kad Hari rRaya agar ia terus menjadi tradisi.

Dalam pada itu, Nadia berkata, dia gemarkan kad ucapan yang kecil dengan lukisan komik untuk dihantar kepada kenalan rapatnya.

Malah dia juga gemar mengumpul dan menyimpan semua kad yang diterimanya untuk dijadikan kenang-kenangan.

"Kadang-kadang kalau ada masa lapang saya akan baca balik kad-kad yang dihantar oleh kawan-kawan dan keluarga. Ada yang benar-benar menyentuh perasaan dan tidak kurang juga kelakar," ujarnya.

Sementara itu mengenai sambutan Hari Raya pada tahun ini, dia akan menyambut di rumah keluarganya di Ampang, dekat sini selama beberapa hari sebelum kembali ke set penggambaran filem Kami Histeria terbitan Red Communication.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan