Hafiz Hamidun Mahu Popularkan Nasyid Dengan Irama Terapi

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz hamidun. Foto RICKY LAI
Hafiz hamidun. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bertekad untuk mengembalikan semula populariti muzik nasyid sehingga menjadi sebuah fenomena seperti yang pernah berlaku sekitar tahun 1990-an.

Hafiz, 27, berkata, dia yakin peminat-peminat muzik tempatan masih dahagakan muzik nasyid yang lebih segar bersesuaian dengan tuntutan dunia hiburan masa kini.

"Saya percaya lagu-lagu berunsur Islamik masih lagi berada di hati masyarakat, cuma apabila ia tidak diperbaharui, lama-lama orang akan bosan dan sukar menarik perhatian golongan muda.

"Apabila penyanyi daripada Timur Tengah mendapat sambutan, saya tertanya-tanya apakah kekurangan penyanyi kita sehinggakan kebanyakan artis nasyid terpinggir?

"Selepas tiga bulan membuat analisis bersama beberapa penggiat muzik lain, barulah saya sedar sebenarnya masyarakat kita memerlukan lagu Islamik segar dan senang dihafal," katanya.

Hafiz ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran empat album terbitan syarikat miliknya iaitu Arteffects Sdn Bhd. Baru-baru ini.

Tambah Hafiz, sebagai permulaan, dia menerbitkan albumnya sendiri berjudul Zikir Terapi Diri yang telah pun dipasarkan pada akhir tahun lalu.

Mengejutkan, album tersebut mendapat sambutan di mana ia telah pun terjual sebanyak 43,000 unit tanpa sebarang promosi.

"Apa yang saya lihat, bukan sahaja muzik zikir yang ditampilkan dapat diterima ramai, sebaliknya penjualan album juga semakin meningkat.

"Saya tak sangka formula yang di analis itu berjaya. Iringan muziknya lebih kepada terapi minda. Apabila ia diperdengarkan kepada rakan-rakan, mereka mengakui dapat merasakan ketenangan apabila mendengar album ini," ujarnya.

Antara zikir yang terkandung dalam album tersebut ialah Astaghfirullah, Alhamdulillah, Subhanallah, Lailahaillallah, Hasbi Rabbi, La Haula Wa la, Bismillah, Allah dan Taubat Nasuha.

Sementara itu, pada majlis pelancaran album tersebut, Arteffects turut menerbitkan tiga lagi album berkonsepkan 'irama terapi' buat penyanyi Fitri Haris (bekas anggota UNIC), Imam Muda Najdi dan Mawi.

Selain itu, Arteffects turut menubuhkan unit jualan dan pemasaran bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan juga dapat menembusi pasaran luar negara dengan bantuan syarikat rakaman Warner Music.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan