Elton John Umpamakan Madonna Seperti Penari Bogel

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elton John
Elton John

NEW YORK: Permusuhan di antara dua penyanyi antarabangsa Elton John dan Madonna sudah mencapai ke tahap yang lebih kronik apabila John menggelar ratu pop itu sebagai ‘mimpi ngeri’.

“Dia (Madonna) adalah seperti sebuah mimpi ngeri. Saya berani katakan kariernya sudah berakhir. Jelajah promosi album terbarunya, MDNA tidak mendapat sambutan dan merudum.

“Jika Madonna boleh berfikir secara logik, dia akan mengekalkan lagu seperti Ray of Light. Dia tidak sepatutnya mencuba genre “dance” dan menari seperti penari bogel.

“Dia pernah menjadi disanjung sebagai ratu pop dengan lagu-lagu pop yang hebat. Sayangnya, dia mencuba sesuatu yang baru dan hanya merosakkan kariernya,” katanya seperti dipetik people.com.

Perbalahan di antara mereka berlanjutan sejak beberapa tahun lalu dan pada Januari lalu, teman John iaitu David Furnish, 49, juga campur tangan dalam kes itu.

Kekalahan John di tangan Madonna untuk anugerah Lagu Asal Terbaik di Golden Globe Award pada awal tahun lalu menyebabkan Furnish menghentam ucapan kemenangan Madonna pada majlis tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan