Robert Pattinson Berang Kristen Tumpang Rumah Rakan

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Pattinson dan Kristen Stewart berpisah selepas skandal Kristen dan Rupert Sanders terbongkar.
Robert Pattinson dan Kristen Stewart berpisah selepas skandal Kristen dan Rupert Sanders terbongkar.

AKTOR Robert Pattinson berang apabila kekasihnya Kristen Stewart menumpang di rumah rakannya iaitu penerbit Giovanni Agnelli untuk beberapa hari dan mula sangsi motif sebenar lelaki itu.

Menurut laporan Radaronline, hal tersebut membuatkan Robert tidak senang duduk kerana risau sekiranya Giovanni menjalinkan hubungan pula dengan Kristen.

"Robert agak rapat dengan Giovanni dan dia kerap menghubungi pengarah itu sejak Kristen menumpang di rumahnya.

"Dia ingin tahu sebab Kristen tinggal di situ dan ia benar-benar membuatkan Robert marah dan menuduh Giovanni turut meniduri Kristen," kata sumber.

Terdahulu, Robert dan Kristen berpisah selepas kecurangan kekasihnya dengan pengarah filem Snow White And the Huntsman, Rupert Sanders terbongkar.

Giovanni pula merupakan penerbit filem 2010's Welcome To The Rileys, dibintangi oleh Kristen dan James Gandolfini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan