'Harga' Kavita Sidhu Tak Mahal

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kavita Sidhu - Foto LOW BOON TAT
Kavita Sidhu - Foto LOW BOON TAT

PETALING JAYA: Pelakon Kavita Sidhu berasa pelik apabila kerana tidak pernah menerima tawaran berlakon daripada syarikat produksi lain melainkan bersama Pesona Pictures miliki Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Kavita, 41, berkata, dia bukanlah seorang pelakon yang terlalu eksklusif sehingga menetapkan bayaran yang tinggi bagi setiap tawaran yang diberikan.

"Saya seorang yang begitu fleksibel apabila berbicara mengenai jumlah bayaran yang diberi, asalkan watak dan skrip bagus, saya terima.

"Lagipun harga saya tak mahal pun, tetapi entah kenapa belum ada penerbit lain yang mahu menawarkan saya berlakon selain Shumi (Shuhaimi)," katanya.

Tambah Kavita, sudah lama dia mahu berlakon di bawah pengarah lain kerana berhasrat untuk merasai suasana dan pengalaman baru.

"Saya seorang wanita yang sukakan benda-benda baru. Begitu juga dengan lakonan, saya mahu berlakon dengan pengkarya baru pula.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya sudah bosan bekerja dengan Shumi, harap tiada yang salah faham. Bukan apa, kerana Shumi, nama saya dikenali ramai. Malah saya akan menjalani penggambaran filem berjudul Arka, di bawah arahannya lagi," tuturnya.

Dalam pada itu, beritahu pelakon filem Mimpi Moon ini, dia turut bekerja dengan syarikat Pesona Picture bagi urusan pengurusan dan pemasaran.

Sementara itu, pelakon ini juga begitu aktif dengan peniagaan fesyen di bawah rangkaian jenamanya sendiri iaitu Kavita Sidhu di butiknya yang terletak di The Gardens, Midvalley, di sini.

"Bersempena dengan sambutan Aidilfitri, saya telah mengeluarkan beberapa rekaan koleksi terbaru seperti gaun labuh dan baju kaftan.

"Sebagai pengeluar fesyen, saya menawarkan koleksi fesyen yang bukan sahaja selesa dipakai, malah paling penting ia boleh dipakai oleh semua lapisan umur," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan