Ashton Kutcher & Mila Kunis Bercuti Di Bali - Berita Hiburan | mStar

Ashton Kutcher & Mila Kunis Bercuti Di Bali

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashton Kutcher dan Mila Kunis.
Ashton Kutcher dan Mila Kunis.

PELAKON Ashton Kutcher dan Mila Kunis dilaporkan sedang bercuti di Kepulauan Bali, Indonesia disaat kedua-dua mereka menutup mulut mengenai spekulasi hubungan cinta yang terjalin diantara mereka berdua.

Portal Daily Mail melaporkan pasangan ini dilihat meninggalkan Los Angeles pada 29 Julai lalu dan telah terbang ke Indonesia untuk bercuti selama dua minggu.

Sumber memberitahu bahawa Ashton dan Mila telah menempah bilik di sebuah hotel bertaraf lima bintang di sana yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Dalam pada itu, sumber di Indonesia pula memberitahu nampak kelibat pasangan itu menaiki pesawat menuju ke Bali.

Sehingga kini kedua-dua mereka tidak memberikan pengesahan tentang hubungan cinta tersebut.

Ashton pernah berkahwin dengan pelakon Demi Moore sementara Mila sebelum ini bercinta dengan pelakon Home Alone Macaulay Culkin selama lapan tahun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan