Shahrizal Jaszle Jauhkan Diri Untuk Elak Kontroversi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Shahrizal Jaszle ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Kita Punya Raya anjuran bersama TV9 dan Hot FM di sini, baru-baru ini. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS
Wajah terbaru Shahrizal Jaszle ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Kita Punya Raya anjuran bersama TV9 dan Hot FM di sini, baru-baru ini. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Pelakon Shahrizal Jaszle memilih untuk menjauhkan diri daripada perhatian umum bagi mengurangkan kontroversi yang diperkatakan secara meluas terhadapnya sebelum ini.

Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 24, berkata, pendedahan yang berlebihan mengenai kisah peribadi berbanding kerjaya sebelum ini boleh menjejaskan reputasinya sebagai orang baru.

“Saya memang sengaja mahu mengurangkan cerita-cerita peribadi kepada khalayak. Bukan sebab saya mahu lari daripada media tetapi pendedahan yang keterlaluan terutamanya mengenai hal peribadi boleh menjejaskan perkembangan kerjaya.

“Secara kebetulan, saya memang sibuk dengan beberapa penggambaran drama kebelakangan ini, mungkin sebab itu saya sukar dilihat di tempat-tempat umum atau majlis hiburan,” katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Hero filem Azura 2012 itu berkata, ‘kehilangan’ dirinya sejak beberapa bulan ini juga berpunca daripada kesibukannya dengan urusan pertunangan dengan Redzwani Puteri yang dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.

“Saya baru sahaja merisik kekasih saya, Redzwani Puteri pada 1 Julai lalu dan juga sibuk dengan persiapan majlis pertunangan kami pada hujung tahun ini.

“Kalau tiada aral, pada awal tahun depan kami akan melangsungkan perkahwinan kerana keluarga kami sudah lama bersahabat. Atas sebab itu, saya yakin memilih Puteri sebagai teman kerana ibu kami saling mengenali,” jelasnya kini mengalami kenaikan berat badan.

Mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini, Shahrizal berkata, dia bakal menghabiskan baki bulan yang mulia ini bersama keluarga di rumah dan memenuhi undangan fotografi Hari Raya bersama pihak media.

“Saya baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem Raya komedi berjudul Raya Tanpa Wayar untuk TV9. Kini, saya mahu berehat seketika bagi memberikan tumpuan pada ibadah berpuasa dengan keluarga dan memenuhi undangan fotografi Raya pihak media.

“Insya-Allah, selepas cuti Raya, saya akan terlibat dalam drama bersiri untuk slot Lestary TV3 dan dijangka terbang ke India untuk penggambaran,” kongsinya yang sibuk menjaga neneknya yang semakin uzur di rumah keluarga di Kampung Baru di sini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan