Peminat Bertuah TV9 Akan Beraya Dengan 'Upin & Ipin'

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis dan penyampai Hot FM pada pelancaran Kita Punya Raya di Saloma Bistro di sini, malam Selasa lalu. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS
Barisan artis dan penyampai Hot FM pada pelancaran Kita Punya Raya di Saloma Bistro di sini, malam Selasa lalu. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Stesen TV9 yang sinonim dengan animasi Upin & Ipin bakal memilih seorang peminat bertuah untuk menyambut Hari Raya bersama karakter kembar popular itu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, pemenang peraduan yang berlangsung dari 6 hingga 16 Ogos ini bakal menerima kunjungan Upin & Ipin pada minggu ketiga Aidilfitri untuk meraikan perayaan itu bersama-sama.

“Peraduan ini adalah julung kali kami anjurkan sebagai penghargaan kepada peminat cilik animasi itu yang setia bersama TV9 selama ini.

“Bagi memberikan kelainan dan menyuntik keceriaan, seorang pemenang utama akan menerima kunjungan Upin & Ipin di rumah mereka pada minggu ketiga Aidilfitri,” katanya ketika ditemui mStar Online di Saloma Bistro di sini, malam Selasa lalu.

Sherina ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Kita Punya Raya anjuran bersama TV9 dan Hot FM untuk musim perayaan ini.

Katanya, peraduan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat ini memerlukan kanak-kanak untuk menghantar lukisan Upin & Ipin kepada TV9 dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.

Mengenai pengisian program Hari Raya pada tahun ini bertemakan Kita Punya Raya anjuran dua stesen itu, Sherina berkata, ia akan berlangsung sepanjang minggu pertama Aidilfitri

“Pelbagai program menarik hasil kerjasama TV9 dan Hot FM bakal disiarkan pada dua slot utama kami iaitu pada pukul 12.30 tengah hari dan 8.30 malam sepanjang minggu pertama Aidilfitri,” katanya.

Berikut ini adalah program-program menarik yang bakal disiarkan TV9

Sehari sebelum Raya - Hari Raya Ketiga: Program Ketupat Rendang Kopi O (8.30 pagi)

Malam Hari Raya: Kita Punya Raya menampilkan barisan penyampai Hot FM (9.30 malam), FBI Raya Awal (10.30 malam)

Hari Raya Pertama: Ahmad Muhammad (11 pagi), Telefilem Raya Tanpa Wayar (12.30 t/hari), Upin & Ipin Special (5.30 petang), Galaksi Raya 2012 (8.30 malam), Versus Reunion (10.30 malam)

Hari Raya Kedua: Lama Terbaru (10 pagi), Upin & Ipin Special (11 pagi), telefilem Bedah Tong Gas Nak Raya (12.30 t/hari), Laskar Nidji (8.30 malam)

Hari Raya Ketiga: Telefilem Hangitnya Raya (12.30 t/hari), Gig Triple Play (8.30 malam)

Hari Raya Keempat: Telefilem Mencari Nurfitri (12.30 t/hari), filem Senario The Movie (8.30 malam)

Hari Raya Kelima: Filem Senario Lagi (8.30 malam)

Hari Raya Keenam: Saya Melayu Mekah (10 pagi), Filem Senario Pemburu Emas Yamashita (8.30 malam)

Hari Raya Ketujuh: Filem Puteri Gunung Ledang (8.30 malam)

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan