Menteri Setuju MSAGB Ditubuhkan Untuk Kutip Royalti Pelakon

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ismail Sabri (empat dari kiri) bersama para artis ketika sesi membincangkan isu royalti di sebuah hotel pada Rabu.
Ismail Sabri (empat dari kiri) bersama para artis ketika sesi membincangkan isu royalti di sebuah hotel pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Para pelakon di negara ini dijangka akan mendapat habuan berbentuk royalti apabila badan pengurusan artis yang dikenali sebagai Malaysia Screen Actors Guild Berhad (MSAGB) bakal ditubuhkan sebelum akhir tahun ini.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, penubuhan badan itu bertujuan untuk merealisasikan impian sebahagian besar pelakon di negara ini mendapatkan hak masing-masing apabila karya mereka disiarkan di televisyen.

Katanya, selama ini para artis tidak mendapat satu sen pun keuntungan walaupun berpuluh-puluh karya mereka diulang siar.

“Dengan tertubuhnya badan ini, ia tentu sekali dapat menolong para pelakon menambah pendapatan daripada penyiar-penyiar tempatan seperti Astro, Media Prima, RTM serta penyiar IPTV,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini malam Rabu.

Selain Zed, beberapa artis tempatan antaranya Fizz Fairuz, Lisa Surihani, Jehan Miskin, Siti Saleha, Beego, Ramona Zam Zam dan Zizan Nin turut hadir.

Zed bekata, jika penyanyi serta pemuzik mempunyai badan kutipan bagi membela mengutip hak mereka para pelakon juga harus mempunyai badan serupa agar nasib mereka pada masa akan datang terus mendapat perhatian.

Jelasnya badan itu bukan sahaja bertindak sebagai ejen kutipan royalti sebaliknya turut berfungsi untuk menjaga kebajikan artis termasuklah hak-hak berkaitan gaji, kesihatan dan suasana pekerjaan.

“Di United Kingdom, mereka juga mempunyai syarikat di bawah Artiste Equity dan juga terdapat International Federation of Actor yang memantau hak pelakon-pelakon seluruh dunia.

“Screen Actors Guild di Amerika Syarikat juga menyediakan hak-hak pencen dan skim perubatan dan kemudahan royalti berbentuk aset selepas kematian serta kemudahan mendapatkan perlindungan antarabangsa melalui Global Rule One,” katanya.

Ujar Zed, pihaknya mahu hasrat menubuhkan MSAGB dilaksanakan segera selari di bawah program transformasi ekonomi (ETP) dan pelan Dasar Industri Kreatif Negara dalam mentransformasikan standard pengurusan penggiat seni bertaraf antarabangsa.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, pihaknya akan memberi perhatian yang serius dalam memastikan usaha menubuhkan badan itu dapat dijalankan selepas mengadakan beberapa perbincangan lanjut.

Ujar beliau, apa yang penting golongan artis haruslah bersatu kerana pada ketika ini golongan berkenaan kurang sifat kesepakatan menyebabkan usaha untuk memperjuangkan hak mereka sering kali terbantut.

“Pihak kementerian bersetuju untuk membantu golongan artis dan berharap penubuhan badan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Cuma mereka haruslah bersatu serta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menuntut hak masing-masing,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan