'Atlet Negara Perlu Jaga Penampilan' – Khairul Fahmi

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khairul Che Fahmi meminta para atlit negara supaya menjaga penampilan diri.
Khairul Che Fahmi meminta para atlit negara supaya menjaga penampilan diri.

PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) meminta para atlit negara supaya menjaga penampilan diri walaupun ketika berada di gelanggang perlawanan kerana ia juga mampu meningkatkan imej negara.

Apek, 23, berkata, memandang para atlit kini dilihat sebagai selebriti dan juga idola masyarakat, penjagaan diri amat penting kerana ia dapat menonjolkan imej positif ke mata umum seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan atlit luar negara.

"Pada pendapat saya, masyarakat sudah mula melihat atlit negara kita terutamanya mereka yang terlibat dalam sukan bola sepak sebagai idola. Jika selebriti sukan ini menjaga penampilan masing-masing, tentu sahajalah akan sedap mata memandang.

"Malah, saya percaya penampilan yang menarik juga mampu memberi semangat dan keyakinan untuk seseorang itu beraksi dalam perlawanan," katanya selepas diumumkan menjadi duta produk lelaki jenama Brylcreem di Hotel One World, di sini, Selasa.

Tambah Apek, ikon pemain bola sepak seperti David Beckham juga memberikan inspirasi buatnya dalam penggayaan rambut serta fesyen pakaian.

Sementara itu, pemilihan Apek sebagai duta gel rambut Brylcreem benar-benar menggembirakan memandang sejak dahulu lagi, dia sering menggunakan produk itu sebelum beraksi di padang.

"Jujur saya katakan, sudah lama saya memakai jenama Brylcreem dan tak sangka pula kini saya menjadi duta kepada produk ini.

"Saya teruja kerana diberi peluang seperti ini, lebih-lebih lagi dapat menyertai barisan bintang sukan lain terutamanya David Beckham untuk mewakili Brylcreem di Malaysia," tuturnya.

Sementara itu Pengurus Pemasaran Bahagian Rambut Malaysia dan Singapura, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ashlee Ng berkata, pemilihan Apek amat sesuai dengan keinginan Brylcreem di mana Apek memiliki gaya dan pesona tersendiri dalam penampilan imejnya.

"Dia memiliki keterampilan diri yang hebat ketika beraksi di padang dan mempunyai semangat yang tidak mudah mengaku kalah.

"Kerana ciri-ciri itu, pihak kami melihat Apek layak dijadikan ikon. Kami berbangga kerana mempunyai seorang individu berkaliber untuk mewakili produk ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan