Rakan Wendy Wong Hampir Masuk Perangkap Penjenayah

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wendy (kiri) bersama Michael Chong ketika mengadakan sidang media bagi menjelaskan kejadian akauan e-mel miliknya diceroboh.
Wendy (kiri) bersama Michael Chong ketika mengadakan sidang media bagi menjelaskan kejadian akauan e-mel miliknya diceroboh.

KUALA LUMPUR: Produser drama Wendy Wong menjelaskan beberapa orang rakannya hampir terpedaya sehingga mahu mengirimkan wang berjumlah Euro$2,850 (RM11,000) kepada beliau selepas menerima mesej palsu yang dikirimkan individu tidak bertanggungjawab menerusi e-mel miliknya pada Selasa.

Wendy atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah, 49, berkata, rakan-rakannya mempercayai mesej yang dikirim bertujuan meminta bantuan itu selepas mendapati ia datang daripada e-mel sebenar milik Wendy.

“Ada kawan saya yang berada di Jakarta dan seorang peguam di London sudah bersiap sedia untuk menghantar wang kepada individu yang menyamar sebagai saya.

“Mereka bernasib baik kerana dapat berhubung dengan saya terlebih dahulu menerusi telefon sebelum berhasrat memasukan wang kepada penjenayah terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang, di sini.

Hadir sama ketua biro aduan tersebut Datuk Seri Michael Chong.

Dalam kejadian pada Selasa, rakan-rakan pelakon itu telah menerima kiriman e-mel dengan mendakwa kononnya Wendy sedang menghadapi masalah selepas dompet yang mengandungi wang dan kad kreditnya tercicir ketika mengikuti satu program di Sepanyol.

Isi kandungan mesej itu antara lain turut menyebut insiden berkenaan telah menyebabkan pasportnya ditahan oleh pihak hotel kerana gagal membuat pembayaran.

Mesej itu turut menyatakan pihak kedutaan Malaysia di Sepanyol tidak dapat mengendalikan kes berkenaan dengan efisien sehinggalah dia memerlukan bantuan rakan-rakan bagi meminjamkannya wang.

Kejadian itu berlaku selepas Wendy menghantar komputer riba miliknya di Mid Valley dekat sini untuk diservis.

Sementara itu Wendy berkata dia telah mengenal pasti maklumat mengenai individu berkenaan selepas menyamar kononnya mahu memberikan wang sebagaimana diminta.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, individu berkenan meminta wang dalam jumlah tersebut dan perlu disalurkan melalui pindahan wang Western Union yang akan dituntut di satu lokasi di Madrid, Sepanyol.

Berdasarkan beberapa maklumat itu kata Wendy, beliau berhasrat membuat laporan di pejabat kedutaan Sepanyol di negara ini bagi memastikan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan dapat dilakukan.

Tambah Wendy lagi, dia juga bercadang untuk memperdayakan individu tersebut dengan mengirimkan wang sebagaimana yang diminta bagi membolehkannya ditahan.

“Saya berharap individu berkenaan dapat ditangkap agar orang lain tidak terpedaya dengan taktik liciknya. Saya tidak berasa rugi untuk memasukkan wang yang diinginkan asalkan ada cara untuk memberkas penjenayah itu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Travers, di sini, pada Selasa.

Sementara itu Michael Chong berkata, pihaknya akan meminta Interpol menyiasat perkara itu berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Pihaknya juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya apabila menerima mesej sedemikian melainkan selepas berhubung dengan individu terbabit terlebih dahulu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan