Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aida Khalida
Aida Khalida

PETALING JAYA: Dramatis popular Aida Khalida mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.

Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.

“Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan ‘berat’ sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.

“Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ditanya mengenai keaktifannya dalam lakonan sepanjang Ramadan ini, Aida berkata penghijrahannya tidak menjadi masalah untuk dia mengimbangi di antara tuntutan kerja dan ibadah.

“Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.

“Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah,” katanya.

Tambah Aida, rezeki yang diperoleh daripada pendapatannya menjadi lebih berkat kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.

“Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.

Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan