Buat Pelaburan Di Internet, Adi Putra Ditipu RM19,000

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi Putra
Adi Putra

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra, 31, kerugian sebanyak RM19,000 kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu berkata, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini dan enggan mengulas lanjut atas nasihat polis.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat. Kejadian ini bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat

"Saya harap pihak luar dapat hormati pendirian saya. Jika ia bukan kes polis, mungkin saya akan membuat sidang akhbar bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya, yang dipetik daripada akhbar Harian Metro.

Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurut Izany, pelakon terbabit menyertai satu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan menerusi Internet.

"Dia memasukkan RM19,000 ke akaun milik suspek tetapi komisen yang dijanjikan belum diterima sehingga kini," katanya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan