Bruce Willis Anggap Anak-Anak Pentingkan Diri

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bruce Willis
Bruce Willis

AKTOR Bruce Willis berang apabila anak-anaknya cuba menjauhkan diri daripada ibu mereka Demi Moore yang sedang mengalami masalah kemurungan yang teruk.

Menurut laporan Showbizspy.com, Bruce menyifatkan ketiga-tiga anak perempuannya iaitu Rumer, 23, Scout, 21, dan Tallulah, 18, terlalu mementingkan diri.

"Bruce amat kecewa dengan anak-anaknya itu dan menggelar mereka sebagai anak yang terlalu dimanjakan dan pentingkan diri.

"Dia tidak faham mengapa mereka membiarkan ibunya sendirian di saat dia memerlukan sokongan daripada orang yang disayangi," kata sumber.

Tambah sumber itu, Bruce berasa cara layanan anak-anaknya terhadap Demi agak kasar.

Pelakon itu yang masih menyayangi Demi walaupun sudah bercerai tidak dapat meluangkan masa kepada bekas isterinya itu kerana dia juga sudah berkahwin lain dan anak memiliki anak baru untuk diberi perhatian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan