Prism Beri Sheila Majid Seminggu Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Majid
Sheila Majid

PETALING JAYA: Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Prism Berhad) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Datuk Sheila Majid jika penyanyi itu tidak menarik balik kenyataan dia tidak menerima penyata bayaran royalti miliknya daripada badan itu sebanyak RM5,000 pada tahun lalu.

Akhbar Utusan Malaysia pada Khamis melaporkan, Ahli Lembaga Pengarah Prism Berhad, Datuk M. Daud Wahid berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu mulai semalam kepada Ratu Jazz itu untuk menafikan kenyataan tersebut yang disiarkan menerusi sebuah akhbar tabloid harian berbahasa Inggeris pada minggu lalu.

“Kenyataan itu tidak benar kerana kami mempunyai bukti segala penyata yang memperincikan pembayaran royaltinya pada tahun lalu masih terdapat dalam simpanan kami.

“Malangnya, cek hasil royaltinya itu juga masih belum dituntut. Jadi kami hairan bagaimana Sheila berkata beliau sudah mendapat cek itu tanpa penyatanya sekali,” katanya.

M. Daud yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Penggubah Lagu dan Penulis Lirik Tanah Air (Papita) berkata, bagi membuktikann perkara tersebut, Prism Berhad mengumumkan hasil kutipan tahun lalu badan itu di Restoran Seri Melayu dekat sini berjumlah RM4,000,050 kepada 1,306 ahlinya termasuk cek dan penyata yang belum dituntut Sheila.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan