Peterpan Tukar Nama, Logo Selepas Pembebasan Ariel

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ariel (Peterpan) ketika ditemuramah media pada Isnin susulan pembebasannya dari penjara.
Ariel (Peterpan) ketika ditemuramah media pada Isnin susulan pembebasannya dari penjara.

BANDUNG: Nama Peterpan dijangka hanya akan tinggal sejarah kerana kumpulan itu dijangka akan merombak segenap aspek mengenai mereka termasuklah nama, logo dan susunan muzik.

Pemilik label Musica selaku syarikat rakaman kumpulan itu, Ibu Acin berkata keputusan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Ya, benar semuanya (berubah). Nama kumpulan akan digantikan dan segala-galanya akan berubah dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui Kapanlagi di Hotel Grand Serella, Bandung, Jawa Barat, di sini.

Menurut Ibu Acin, material album terbaru Ariel dan rakan-rakannya itu sudah siap sepenuhnya.

“Material album sudah siap tapi terpaksa diubah bunyinya kerana ada lagu-lagunya sudah terbocor kepada khalayak. Setakat ini, ada dua lagu baru. Konsepnya masih sama, cuma adunan dan mastering lagu sahaja berubah,” katanya.

Wanita tersebut turut mengakui dia amat bersyukur dengan pembebasan Ariel. Katanya, dia berharap Ariel dan rakan-rakannya akan beroleh kejayaan sama ada dalam aspek kerjaya mahu pun peribadi.

“Bersyukur kepada Tuhan kerana hari ini Ariel dibebaskan dengan bersyarat. Ini merupakan permulaan yang manis untuk Ariel dan keluarga, ahli kumpulan, peminat Sahabat Peterpan, Musica dan industri muzik Indonesia.

"Saya berdoa agar mereka dapat meneruskan karier dan peribadi dengan jayanya,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan