Watie (Elite) Mual Makan Nasi

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Watie mengakui sudah hampir setahun dia tidak makan nasi.
Watie mengakui sudah hampir setahun dia tidak makan nasi.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Watie Sadali (Elite) mengakui mual untuk makan nasi selepas hampir setahun tidak menjamah makanan asas itu kerana ingin mengekalkan bentuk tubuhnya.

Watie berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan dia telah menjadi biasa tidak mengambil nasi sebagai makanan utama.

"Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an.

"Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Watie berkata, dia kini banyak bergantung kepada minuman kesihatan bagi membantunya mendapatkan tenaga kerana tidak mengambil nasi sebagai makanan rutin.

Watie memberitahu, jika berasa lapar dia akan mengambil minuman tambahan itu jika tidak berkesempatan untuk makan akibat sibuk di lokasi penggambaran.

"Alhamdulilah minuman kesihatan itu serasi dengan saya dan ia membantu saya dalam mengurangkan berat badan," katanya.

Bagaimanapun kata Watie, senaman secara kerap juga amat penting bagi memastikan penurunan berat badan konsisten dan mencapai angka yang dikehendaki.

Sementara itu, Watie berkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran telefilem untuk siaran Hari Raya Aidilfitri sebelum bercuti panjang untuk bersama keluarga.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan