Hasrat Diana Danielle Berehat Sepanjang Ramadan Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana Danielle
Diana Danielle

PETALING JAYA: Hasrat aktres jelita Diana Danielle untuk berehat daripada aktiviti seni pada bulan Ramadan ini tidak menjadi kenyataan apabila dia bakal terlibat dalam penggambaran filem terbaru berjudul Kami Histeria bermula hari ini.

Diana, 21, berkata, selepas enam bulan tidak terlibat dalam sebarang penggambaran filem, dia akhirnya menerima tawaran daripada produksi Red Films untuk berlakon dalam filem genre komedi seram itu.

“Bulan Ramadan tahun lepas pun saya sibuk, ingatkan pada tahun ini dapat kurangkan jadual berlakon tetapi tidak dapat juga rasanya sebab jadual penggambaran filem terbaru Kami Histeria memang padat,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Selain Diana, filem arahan Shamyl Othman itu turut dibintangi antaranya Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umi Omar.

Katanya, memandangkan penggambaran filem itu akan bermula pada hari ini dan dijangka berakhir tiga hari sebelum Syawal, maka dia enggan memikirkan soal membeli-belah pakaian Hari Raya pada tahun ini.

“Kalau sudah sibuk dengan penggambaran, memang tidak payah fikir soal tempah baju. Kebetulan pula, saya jenis yang senang dan ringkas, baju siap yang berharga RM50 pun boleh dipakai,” ujarnya.

Mengenai pengalaman pertama menjayakan watak komedi dalam filem terbaru Hantu Gangster arahan Namewee, Diana berkata dia berasa teruja dengan watak sebagai guru sekolah bernama Jameela.

“Saya tidak pernah cuba watak komedi sebelum ini. Saya percaya ada sisi komedi dalam diri tetapi untuk berlakon di depan kamera dengan watak begitu agak membimbangkan juga pada awalnya.

“Bagaimanapun, Namewee menasihatkan agar saya berlakon secara bersahaja dan tidak memikirkan sangat mengenai watak itu. Saya harap ia diterima dan boleh buat penonton gelak,” kongsinya.

Filem yang turut dibintangi antaranya Namewee, Farid Kamil, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam itu akan ditayangkan pada 9 Ogos depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan