ALBUM BARU: 'Own The Night' Album Terbaik Lady Antebellum

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: Own The Night

ARTIS: Lady Antebellum

EDARAN: Warner Music

KEKAL memegang paksi muzik country rock, kumpulan trio Lady Antebellum muncul dengan album ketiga berjudul Own The Night.

Peringkat demi peringkat perubahan dibuat oleh trio berasal dari Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat

Dan mungkin ada yang bersetuju dengan pendapat ini, Own The Night merupakan antara karya terbaik yang pernah mereka hasilkan sebelum ini.

Album ini memuatkan sebanyak 16 buat lagu, dan antaranya ialah We Owned the Night, Stars Tonight, Our Kind of Love, Dancin' Away With My Heart, Wanted You More, Love Don't Live Here, When You Were Mine, Hello World, American Honey, Midnight Rider, Singing Me Home, As You Turn Away, Just A Kiss, Perfect Day, I Run to You dan Need You Now.

Trek pertama, elemen pengaruh muzik folk ditonjolkan pada lagu We Owned The Night dan mereka masih lagi berpaksikan unsur country rock .

Menarik juga lagu As You Turn Away, halwa telinga pendengar 'diisi' dengan iringan muzik piano dengan kepelbagaian susunan muzik selain mendengar keupayaan vokal masing-masing.

Ternyata mereka bijak menyusun strategi dengan menghasilkan sebuah lagu berkonsepkan komersil, Own The Night pasti menjadi antara lagu yang mesra pendengar.

Secara keseluruhannya, album ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Tidak semua lagu yang menjadi perhatian penulis, namun kolaborasi vokal Hillary Scott, Charles Kelley dan Dave Haywood banyak memberi kelebihan sekaligus dapat menguatkan setiap lagu yang dibawakan.

LAGU PILIHAN: As You Turn Away, Just A Kiss, Need You Now

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan