Masakan & Motivasi Program Terbaru Terbitan Fazley

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazley turut merancang untuk menghasilkan buku masakannya sendiri.
Fazley turut merancang untuk menghasilkan buku masakannya sendiri.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob sedang merancang dengan pihak Astro untuk menerbitkan sebuah program masakannya sendiri selepas menjuarai program MasterChef Selebiriti musim pertama baru-baru ini.

Fazley, 33, berkata, beliau mahu program masakan itu nanti digabungkan dengan bidang motivasi bagi membolehkan pengisian rancangan itu nanti menarik dan dapat memberikan kelainan kepada penonton.

"Saya tidak mahu ia menjadi sebuah program masakan semata-mata kerana yakin dengan memasukkan elemen motivasi ke dalamnya ia akan menjadi lebih menarik.

"Bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan dengan Astro dan harap-harap ia akan menjadi kenyataan," ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Asmara Ini” itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 selepas memenangi pertandingan berkenaan. Wang itu disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Dalam pada itu, Fazley berkata, dia juga merancang untuk menghasilkan sebuah buku resipi yang turut memuatkan tip motivasi bagi menjadikan naskhah itu lebih menarik.

Fazley mendedahkan, buku masakan itu turut memuatkan semua resipi yang dimasaknya sepanjang 13 minggu menyertai MasterChef Selebriti.

"Ia bukan sahaja mengandungi resipi tetapi turut menyelitkan tip dan motivasi untuk suami isteri yang berkait rapat dengan makanan dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, Fazley memberitahu dia akan muncul dalam dua program masakan terbitan Astro iaitu Chef Suprise dan Hello Bro yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Fazley juga berkata, bersempena Ramadan, beliau akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya dan pengunjung berpeluang untuk menikmati menu yang dimasak semasa peringkat akhir MasterChef Selebriti di hotel berkenaan selama tiga bulan.

"Saya akan membuat penampilan khas di hotel berkenaan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan untuk memasak sendiri selain beramah mesra dengan peminat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan