'Menakluk Kosmos' Wings Bersama KRU

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman (tiga dari kiri) bersama anggota kumpulan Wings
Norman (tiga dari kiri) bersama anggota kumpulan Wings

KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman KRU Music Group sanggup membuat pelaburan besar untuk mengambil kumpulan rock legenda iaitu Wings bernaung di bawah syarikat mereka.

Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, ia merupakan pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam syarikatnya itu selepas setahun membincangkan mengenai hal kontrak mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Kontrak yang telah kami persetujui adalah berdasarkan projek setiap album yang diterbitkan dan ia akan diteruskan sekiranya kedua-dua pihak berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.

"Antara kerjasama yang telah dipersetujui ialah pihak KRU akan menggalas tanggungjawab daripada segi penerbitan, pemasaran dan promosi album. Cuma, kami tidak akan sentuh mengenai konsep album yang dihasilkan.

"Saya percaya, pelaburan yang dikeluarkan berbaloi dan sangat layak bagi sebuah kumpulan legenda seperti mereka," katanya pada sidang akhbar 'Legenda Rock Menakluk Kosmos' di Kafe Hard Rock, di sini, Khamis.

Tambah Norman, Wings akan muncul sebuah album baru berjudul Menakluk Kosmos yang dijangka siap pada September depan.

Manakala sebuah lagi album berkonsepkan kompilasi lagu-lagu popular Wings juga akan diterbitkan.

"Pihak kami juga akan memasarkan lagu-lagu pada album tersebut secara digital dan mungkin akan dijadikan sebagai runut bunyi bagi produk filem kami.

"Kalau boleh kami akan buat yang terbaik bagi menjayakan album Wings. Kejayaannya bukan setakat daripada segi penjualan album, tetapi juga dapat mengembangkan lagi industri muzik dengan lagu-lagu tempatan yang hebat," ujarnya.

Wings terdiri daripada Awie (vokalis), Eddie (pemain bass), Black (dram) dan Joe (gitar).

Sementara itu, Awie pula berharap, selepas 10 tahun tanpa album, Menakluk Kosmos dapat memberikan kelainan kepada para peminat dengan bantuan pengurusan pihak KRU.

"Selepas 10 tahun tanpa sebarang kemunculan album, kami memerlukan strategi promosi yang kuat. Kerana itu juga kami bersetuju untuk berada di bawah naungan KRU yang hebat dalam soal pemasaran dan publisiti.

"Sekiranya album kali ini berjaya, kami akan meneruskan kerjasama dengan album seterusnya pula," katanya.

Selain Wings, kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia turut berada di bawah naungan KRU Music Group.

iklan

Video

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan