Dita Von Teese Gemar Simpan Bangkai Haiwan - Berita Hiburan | mStar

Dita Von Teese Gemar Simpan Bangkai Haiwan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dita Von Teese
Dita Von Teese

AKTRES Dita Von Teese begitu teruja dengan kaedah mengawet bangkai binatang untuk dijadikan hiasan kerana ia kelihatan seolah-olah haiwan berkenaan hidup.

Menurut laporan femalefirst, artis itu menganggap proses pengawetan binatang adalah satu seni yang vintaj dan bermutu tinggi.

"Saya gemar mengumpul bangkai binatang yang sudah diawet kerana ia memiliki kesenian yang unik.

"Di rumah, saya memiliki dua kubah besar yang diisi dengan pelbagai jenis haiwan yang diawet seperti burung serta seekor beruang, monyet dan seekor burung unta," katanya.

Tambah Dita, dia juga menyimpan koleksi pelepah burung yang dibeli dari pelbagai negara.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan