Tuduhan Hamil Sebelum Nikah, Audy Bidas Media Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Audy Item. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Audy Item. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu.

Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.

"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.

"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.

"Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti," selorohnya.

Audy ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bagi mempromosi album terbarunya berjudul Selalu Terdepan di Red Box The Gardens di sini baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Sahabat itu, walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan.

Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.

"Jujur saya katakan, kami sangat bahagia dan rasanya, perkenalan yang singkat bukanlah penghalang untuk kami mempunyai hubungan akrab dan saling mencintai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, sekarang ini saya bersendirian kerana Iko sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan pelakon Keanu Reeves di Hong Kong. Rindu sangat pada dia," ujarnya.

Mengenai album terbaru Audy, ia telah dipasarkan di Indonesia pada hujung tahun 2010.

Memuatkan sebanyak 10 buah lagu, Audy berkata, lagu yang paling disukainya adalah Pencuri Hati, yang ditujukan khas buat Iko.

"Lagu Pencuri Hati dihasilkan ketika saya baru sahaja putus cinta dan lagu tersebut seperti mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang baik dan menemui insan yang menyayangi saya.

"Alhamdulillah, doa itu termakbul dan kini Iko adalah teman sehati sejiwa saya," tuturnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan