Ribuan Peminat Beri Penghormatan Pengebumian Rajesh Khanna

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Beribu-ribu orang membanjiri sepanjang jalan di sini dan sanggup dibasahi hujan semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir kepada bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna selepas dibakar pada Khamis.

Jasadnya telah dibawa keluar dari kediamannya dan diletakkan di atas sebuah treler bersama “selimut” yang terdiri daripada kuntuman-kuntuman bunga.

Orang ramai yang berada di sepanjang jalan bersama payung masing-masing turut melemparkan kelopak bunga sebagai mengucapkan selamat jalan kepada pelakon itu.

Khanna, 69, yang lebih dikenali sebagai "superstar” pertama Bollywood dan individu terhebat di pada zamannya meninggal dunia pada Rabu, selepas beberapa bulan dilaporkan sakit.

Jasadnya telah dibakar mengikut tradisi agama Hindu di pinggir bandar Juhu dalam satu majlis tertutup yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah isteri, dua anaknya dan menantunya Akshay Kumar.

Akhbar di India dan saluran televisyen memberikan liputan utama terhadap kematian pelakon itu.

Khanna yang dilaporkan sakit sejak April lalu menghidap penyakit yang tidak diketahui tetapi dipercayai kanser, meninggal dunia di rumah keluarganya di sini selepas keluar dari hospital pada Selasa lalu.

Filem pertamanya lakonannya iaitu "Aakhri Khat" (Surat Terakhir) diterbitkan pada tahun 1966 tetapi tiga tahun kemudian barulah bintangnya bersinar selepas beliau membintangi "Aaradhna" (Ibadat) sehinggalah diberi kepercayaan memegang watak-watak romantik.

Lagu popular dendangan beliau cukup terkenal pada era 1970-an seperti "Amar Prem" (Cinta Selamanya) dan "Anand" (Kebahagiaan).

Secara keseluruhan, beliau menyanyi, menari dan terlibat dengan lebih daripada 150 filem.

Senyuman, kerdipan mata serta sikap romantiknya membuatkan peminat wanita terpesona dengan beliau. Tidak lama selepas penampilan sulung, Khanna telah mendapat surat yang ditulis dengan darah oleh peminatnya.

Kereta beliau turut ditandakan dengan gincu di mana sahaja dia pergi. Ada juga laporan yang menyebut beberapa pengikutnya “berkahwin” dengan gambar beliau. - AFP

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan