Penundaan ‘Tanda Putera’ Tiada Kaitan Dengan Pilihan Raya

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri: Zizan Nin, Linda Hashim, Rusdi Ramli dan Faezah Elai. Foto-Low Boon Tat
Dari kiri: Zizan Nin, Linda Hashim, Rusdi Ramli dan Faezah Elai. Foto-Low Boon Tat

PETALING JAYA: Penundaan tayangan filem Tanda Putera yang sepatutnya dijadualkan pada 13 September 2012 tiada kena mengena dengan bahang pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak berkata penundaan tayangan filem sejarah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu adalah bertujuan untuk melalui ruang promosi yang lebih.

"Tanda Putera mengisahkan tentang bagaimana Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.

"Walaupun filem ini berkaitan dengan hal negara, namun ia tiada kena mengena dengan pilihan raya yang bakal diadakan nanti. Saya pun tak tahu bila pilihan raya akan diadakan," katanya yang ditemui selepas tayang filem berkenaan di Cineleisure @ Curve, di sini, Rabu.

Tambah Naguib, filem itu ditunda selepas melihat pelbagai acara dan aktiviti yang bakal diadakan sempena bulan kemerdekaan pada Ogos depan selain sambutan Hari raya Aidilfitri yang akan mengganggu promosi filem tersebut.

Malah pihaknya juga ingin menumpukan terhadap strategi promosi terhadap golongan pelajar sekolah dan universiti, selain ingin menanam perasaan minat masyarakat tentang filem-filem berkonsepkan sejarah negara.

"Bukan mudah untuk kita tarik semua golongan masyarakat untuk menyaksikan filem yang dianggap berat sebegini.

"Apabila mempunyai hasil karya filem yang bagus, takkan kita nak sia-siakannya dengan hanya menayangkan filem mengikut tarikh yang sedia ada tanpa sebarang strategi promosi?

"Sebab itu kami ingin merancang mempromosikan filem ini menerusi tayangan perdana di sekolah-sekolah dan universiti.

“Kami juga ingin menceritakan kejadian sebenar kepada generasi muda yang hanya mengikuti peristiwa 13 Mei itu menerusi buku sejarah di sekolah supaya mereka lebih faham betapa pentingnya perpaduan kaum itu," tegasnya.

Sementara itu Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Shumi pula berkata, beliau tidak bantahan sama ada tentang penundaan itu kerana yakin karya tersebut mampu diterima ramai tidak kiralah bila ia ditayangkan.

"Diakui, saya agak kecewa apabila filem ini terpaksa ditunda tayangannya kerana segala tarikh promosi yang dirancang sudah ditetapkan . Hal ini sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja lain.

"Namun saya percaya, mungkin pihak Finas mempunyai strategi yang tersendiri bagi menarik perhatian semua masyarakat menyaksikan filem ini," tuturnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan