Sylvester Stallone Ratapi Kematian Anak Sepanjang Hayat

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sylvester Stallone
Sylvester Stallone

LOS ANGELES: Aktor veteran Sylvester Stallone berkata kehilangan anaknya Sage akan terus dirasai sepanjang hayatnya dan bekas isteri Sasha Czack kerana anak itu sudah diibaratkan seperti nyawa mereka sendiri.

Sage, 36, ditemui mati di kediamannya di sini pada 13 Julai lalu.

“Kehilangan besar ini akan terus kami rasai untuk sepanjang hayat. Sage adalah anak pertama kami dan dia bagaikan permata dan nyawa kami.

"Saya memohon agar semua peminat di luar sana mendoakan kesejahteraan rohnya,” katanya seperti dipetik laman tmz.com.

Sylvester turut meminta semua pihak menunjukkan perasaan hormat dan belas kasihan kerana kehilangan Sage.

“Tiada apa yang lebih memeritkan selain pengalaman ibu bapa yang kehilangan anak mereka.

"Justeru itu, saya merayu orang ramai agar melahirkan perasaan hormat kepada Sage dan belas kasihan kepada ibunya Sasha,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan