Persembahan Secara Terbuka Siti Nurhaliza, Penganjur Diberi Amaran

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya.

Takiyuddin ditemui selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, Selasa.

Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.

“Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan