Filem 'SAM' Beri Tekanan Kepada Syafiq Yusof

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafiq berharap SAM dapat diterima peminat. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Syafiq berharap SAM dapat diterima peminat. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Pengarah muda Syafiq Yusof mengakui berdepan tekanan dan kebimbangan menjelang kemunculan filem sulungnya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang akan ditayangkan pada 19 Ogos depan.

Syafiq, 19, berkata beban yang digalas kerana lahir daripada keluarga pengarah filem tersohor iaitu Datuk Yusof Haslam dan abangnya Syamsul itu menghasilkan tekanan dalam memastikan mutu filem itu berkualiti tinggi.

"Saya bertanggungjawab untuk menjaga nama dan maruah keluarga yang sememangnya dihormati umum kerana pencapaian mereka dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.

"Ia memberikan tekanan dan kebimbangan kepada saya untuk menghasilkan filem ini dengan sebaik mungkin.

"Sebab itu saya sanggup bersusah payah selama dua bulan untuk menyiapkan proses pasca produksinya agar ia berkualiti dan berbeza pada visual," katanya.

Anak bongsu dalam keluarga Yusof ini ditemui pada malam previu filem tersebut di GSC Mid Valley di sini, malam Isnin lalu.

Ditanya mengenai kebimbangannya mengenai filem itu, Syafiq berkata, perasaan itu timbul kerana dia tidak mahu menghampakan harapan bapa dan keluarganya.

"Bapa saya menaruh harapan yang tinggi pada saya. Pujian dan jolokan pengarah termuda kepada saya tidak memberikan sebarang makna jika filem ini tidak diterima penonton.

"Saya bimbang jika SAM tidak digemari kerana genre ngeri dan suspens yang asing bagi penonton kita. Saya risau jika dianggap kambing hitam dalam keluarga jika gagal hasilkan filem yang baik," katanya.

Filem yang mengambil masa 36 hari penggambaran ini dibintangi antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa dan Fimie Don.

Ia bakal ditayangkan bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan