Dua Kategori Baru Dalam 'Shout! Awards 2012'

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tenaga kerja yang akan terlibat dalam penganjuran 'Shout Awards 2012'. - Foto SAMUEL ONG
Tenaga kerja yang akan terlibat dalam penganjuran 'Shout Awards 2012'. - Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Anugerah Shout! Awards 2012 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya memperkenalkan dua kategori baru menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18 anugerah pada kali ini.

Selaku penganjur dan penyiar rasmi, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7 Airin Zainul berkata, penambahan dua anugerah baru iaitu Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Award di bawah kategori Social Media bertujuan mengiktiraf lebih ramai bakat seni dan orang ramai dalam kategori tersebut.

"8TV sentiasa menyokong idea-idea kreatif, maka tidak hairan apabila kami kembali dengan tahun ketiga penganjurannya selepas setahun berehat pada tahun lalu.

"Seiring dengan penjenamaan kami yang sinonim dengan media sosial dan teknologi, penganjuran Shout! Awards 2012 diharap dapat mengekalkan imej 8TV sebagai pelopor anugerah kontemporari dan ceria," katanya.

Airin berkata demikian pada sidang media pertama anugerah itu di Neverland di sini, petang Selasa.

Turut hadir adalah Ketua Jawatankuasa Shout! Awards 2012 Jennifer Thompson dan Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar Ragupathy.

Menjelaskan mengenai dua anugerah itu, Jennifer berkata, Wired Celebrity Award mengiktiraf selebriti tempatan yang paling aktif berinteraksi pada medium sosial, manakala Shout! Aloud Award pula memartabatkan orang awam pada medium itu.

Katanya lagi, produksi Shout! Awards 2012 masih lagi belum memutuskan perancangan khusus mengenai kandungan dan konsep acara pada kali ini.

"Kita masih lagi memikirkan konsep dan pengisian bagi membolehkan 18 anugerah yang dipertandingkan mengisi ruang acara yang dirancang," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan lokasi anugerah yang julung kali diadakan di luar bangunan iaitu di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Sunil berkata lokasi itu akan memberikan lebih impak pada aspek visual dan penyiaran.

"Lokasi Surf Beach memberikan impak yang lebih gah dan meriah pada anugerah ini dan penyiaran di televisyen. Lokasinya cantik dan membangkitkan suasana santai dan ceria bersesuaian dengan konsep anugerah ini," katanya.

Mengenai artis antarabangsa yang bakal dibawa pada anugerah kali ini, 8TV menjanjikan seorang bintang besar sama ada dari Hollywood atau rantau Asia yang laris pada masa ini.

Seiring perkembangan era media sosial dan Internet, anugerah ini turut melancarkan akaun Twitter rasmi iaitu @TheShoutAwards dan 'hashtag' rasmi #shoutawards. Penyertaan dibuka bermula 17 Julai hingga 7 September depan.

Shout! Awards 2012 mempertandingkan 18 anugerah mengikut empat kategori utama:

Music:

Rockstar Award, Popstar Award, Power Vocal Award, Flava Award, Break Out Award (Best New Act) dan Music Video Award

TV & Film:

Best On Screen Chemistry Award, Fresh TV Series Award, Breakthrough Local Feature Award, Favourite TV Program Award dan Favourite TV Personality Award

Radio:

Coolest Radio Announcer Award dan Favourite Radio Show Award

Works:

Hot Chick Award dan Hot Guy Award

Social Media:

Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Award

The Ultimate Shout! Award

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan