Bapa Mahu Berbaik Semula Dengan Adele

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adele
Adele

LONDON: Bapa kepada Adele iaitu Mark Evans merayu agar penyanyi itu dapat memaafkannya atas kesalahan meninggalkan dia dan ibunya Penny ketika wanita itu berusia tiga tahun.

Difahamkan, Evans bimbang dia tidak akan berpeluang melihat cucunya sendiri apabila Adele melahirkan anaknya kelak.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dijangka melahirkan anak hasil hubungan dengan kekasihnya Simon Konecki dalam masa terdekat.

“Reaksi spontan saya adalah perasaan gembira yang sukar digambarkan tetapi apabila memikirkan Adele tidak dapat menerima saya selepas apa yang berlaku dulu ia mula membimbangkan saya,” kata Evans seperti dipetik femalefirst.co.uk.

Evans berkata, kegembiraannya itu menjadi sebaliknya apabila menyedari dia bukan lagi sebahagian daripada keluarga itu.

“Kegembiraan saya bertukar duka menyedari hakikat saya bukan sebahagian daripada keluarga itu kerana sudah meninggalkan Adele ketika dia masih kecil.

“Saya teringin untuk mendakapnya dan berkongsi kegembiraan kerana berita kehamilan tersebut.

“Saya perlu berdepan kenyataan mungkin saya tidak akan dapat melihat cucu sendiri dan ia sangat menyedihkan.

“Justeru itu, saya memohon maaf daripada Adele,” katanya yang berhasrat untuk memulihkan semula hubungan dengan Adele dan menjadi datuk kepada bayi yang bakal lahir itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan