6 Tahun Jadi Pelakon Masih Belum Popular - Azhan Rani

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azhan Rani
Azhan Rani

PETALING JAYA: Aktor berbakat Azhan Rani berkata pembabitan selama enam tahun dalam bidang lakonan masih gagal meraih populariti dan perhatian daripada pihak media terhadapnya.

Azhan, 36, berkata, atas kesedaran itu dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan aspek publisiti sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.

“Saya sedar diri dan di mana kedudukan saya dalam industri lakonan tanah air. Saya bukan kategori aktor popular yang sering mendapat perhatian media.

“Saya sudah terbiasa kurang mendapat perhatian dan publisiti kerana sering dipinggirkan di majlis atau acara hiburan. Maka, lebih baik saya tumpukan pada kerja dan pikat orang ramai dengan lakonan saya,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Azhan ditemui pada pelancaran dua telefilem lakonannya berjudul Ego dan Meriahnya Raya terbitan Outloud Studios untuk siaran RTM pada Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Ditanya tidakkah dia melihat publisiti sebagai aspek penting yang membantu perkembangan kerjaya artis, Azhan berkata dia tidak mempunyai cerita-cerita sensasi atau gosip yang boleh menarik perhatian selain daripada kerjanya.

“Saya akui ramai yang kurang kenal pada pemilik nama Azhan Rani termasuklah pihak media tetapi berdasarkan respons umum, ramai yang kenal pada watak-watak lakonan saya sebenarnya.

“Mungkin sebab saya ini hanya ada produk (lakonan) dan tidak ada apa-apa yang sensasi untuk dikongsi, sebab itu publisiti susah hendak dekat,” luahnya.

Azhan berkata, walaupun kurang popular ia bagaimanapun tidak menggugat tawaran lakonan yang diterimanya sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

“Isu kurang popular tidak menjadi hal kerana selagi saya ada produk untuk dikongsi dengan khalayak, saya sudah cukup bertuah.

“Lagipun, tawaran kerja yang diterima sejak dua hingga tiga tahun ini stabil dan konsisten,” katanya.

Mengenai kerjaya, Azhan sibuk di lokasi penggambaran telefilem Spaghetti Masak Lodeh untuk siaran Aidilfitri di Astro Prima (saluran 105).

Aksinya juga boleh ditonton dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita sejak 9 Julai lalu pada setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan