Syarikat Ubah Aizat Lebih Berdisiplin

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aizat Amdan
Aizat Amdan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat Amdan (Aizat) mengakui penubuhan syarikat Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd sejak lima tahun lalu banyak mengubah dirinya menjadi individu yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 23, berkata syarikat milik keluarganya itu tidak hanya menguruskan kerjaya seni dan penerbitan album, malah mengajarnya bersikap lebih terbuka dan berfikiran positif.

“Ibu dan ayah adalah nadi kekuatan terhadap apa yang kami peroleh hari ini. Hakikatnya, saya tidaklah serajin mana khususnya dalam urusan kreatif dan penghasilan karya tetapi ibu tidak pernah letih menggesa saya dan abang untuk terus bekerja.

“Pesan ayah supaya saya tidak berfikiran negatif jika sesuatu perkara buruk berlaku menjadikan saya manusia yang lebih bertanggungjawab dan positif berbanding sebelum ini,” katanya.

Aizat berkata demikian pada majlis meraikan wakil media bersempena ulang tahun kelima Kasi Gegar yang bertempat di EarthFood, Jalan Ampang Hilir di sini, malam Jumaat lalu.

Ditanya mengenai perkembangan syarikat yang ditubuhkan pada 7 Julai 2007 itu, Aizat berkata, dia gembira dan berpuas hati dengan pencapaian yang di kecapi Kasi Gegar walaupun dia kurang yakin pada awal penubuhannya.

“Pada awalnya, saya memang kurang yakin sejauh mana syarikat ini mampu bertahan. Malah, saya sendiri tidak ambil serius dengan operasi syarikat pada mulanya.

“Namun, saya bertuah kerana tekanan dan gesaan keluarga yang percaya pada potensi Kasi Gegar menjadikan saya lebih komited,” katanya yang mahu menuruti jejak langkah kejayaan KRU Studios.

Katanya, selepas lima tahun beroperasi dia berbangga kerana syarikat itu semakin dikenali di pasaran dan industri, serta berupaya melakukan kerjasama dengan beberapa artis tanah air termasuk Amir Jahari dan Go Gerila.

“Kami masih belajar dan terus belajar mengenai selok-belok pengurusan. Tiada siapa dalam keluarga kami yang tahu semua aspek bisnes hiburan ini tetapi kami tidak pernah jenuh belajar.

“Antara yang menyentuh saya adalah kesungguhan ibu dan bapa mencipta akaun Twitter agar operasi kami relevan dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup semasa,” katanya.

Selain hasrat untuk menunaikan ibadah haji, Aizat juga sedang membuat persiapan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang muzik di Garnish School Of Sound, United Kingdom, pada Ogos depan.

Dia yang kini dalam proses menyiapkan album terbaru yang dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini bakal tampil dalam program Umrah Kita terbitan syarikatnya di TV9 pada Ramadan ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan